loading...

Wednesday, May 23, 2018

Raya Tahun Lepas Aku Cerai Isteri. Puasa Tahun Ni Solat Terawih Sebelah Suami Bekas Isteri.

Gambar Hiasan
Pagi 1 Syawal merupakan pagi kita berkumpul bersama dengan adik beradik yang lain sambil menjamu selera dengan makanan. Selain itu juga aktiviti bergambar dan berkongsi cerita menjadi aktiviti menarik di pagi raya. Lain pulak kisah ini, apabila dia menceraikan isterinya di pagi raya semasa semua adik beadiknya berkumpul hanya kerana……. Ikuti Kisah Di bawah :
Raya datang lagi. Aku cuma mahu berkongsi kisah aku agar jangan ada yang mengulangi kesilapan yang sama. Aku berkahwin di usia yang muda. Seawal usia 21 tahun, aku dan isteri aku sebaya. Aku bangga mempunyai isteri yang cantik, lemah lembut, pengetahuan agama yang tinggi dan bersopan santun.
Tetapi aku silap, membiarkan abang-abang dan kakak-kakak aku membuli dan memperlekehkan isteri aku di hadapan saudara mara setiap kali kami pulang ke kakmpung.
Bila isteri mengadu, aku cakap dia mengada-ngada kerana anggapan aku, adik beradik hanya sekadar bergurau sahaja. Gurauan yang akhirnya menjadi penghinaan demi penghinaan terhadap maruah isteri, sedangkan aku hanya mendiamkan diri walaupun ia berlaku di depan mata.
Selepas 10 tahun, aku mendapati isteri mula berubah. Dia menjadi pemarah, bahasanya kasar. Makin aku marah, makin dia melawan. Yang paling pelik bila pulang ke kampung aku, walau dikutuk abang-abang dan kakak-kakak aku, isteri hanya tersenyum lemah. Tetapi sebaik menaiki kereta untuk ke tempat lain, dia akan menjadi perengus dan perkataan ‘bodoh’ tidak berhenti-henti diucapkannya. Kami sentiasa bergaduh di atas segala perkara.
Akhirnya pada raya tahun lalu, aku melafazkan cerai di hadapan adik beradik apabila aku tidak tahan lagi dengan kata-kata penghinaan abang-abang aku yang mengatakan aku ‘bodoh’ kerana isteri aku buat air tak sedap mengikut selera mereka.

No comments:

Post a Comment