loading...

Wednesday, May 23, 2018

Ni kelakar! Disangka ‘grab car’ rupa-rupanya kereta Sufian Suhaimi


SEORANG pemuda tidak menyangka tindakannya memasuki sebuah kereta yang disangka Grab Car rupa-rupa kereta orang lain dan ia dimiliki penyanyi Sufian Suhaimi.
Pengguna akaun Twitter @bulanibnarhman mengakui kesilapannya memasuki kenderaan, namun terkejut apabila menyedari pemandunya ialah penyanyi lagu Di Mata Mu.
“Saya fikir ini adalah Grab Car yang saya tempah dan ia adalah pengajaran buat saya daripada Allah tapi hey… teka siapa pemandunya. Ia Sufian Suhaimi!” tulisnya di Twitter pada Selasa.
Tambahnya, dia berasa terlalu yakin, malah telah meletakkan bagasi yang dibawanya ke dalam kereta Sufian.
Selepas menyedari kesilapan itu, lelaki berkenan tidak melepaskan peluang untuk berswa foto bersama penyanyi berkenaan.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/23/sufian-grab/~/media/0ad1154fdfe14c9d9656aadca94a7c50.ashx?la=en

No comments:

Post a Comment