Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan badan kerajaan akan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kewangan negara, lapor Sinar Harian.
Dr Mahathir berkata, beberapa agensi itu termasuk Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
MPN pada awalnya ditubuhkan sebagai badan untuk memperoleh maklumat daripada mereka berpengetahuan tinggi, namun akhirnya berunsur politik dan dipergunakan kerajaan terdahulu,” katanya.
Begitu juga dengan khidmat JKKKP di seluruh negara akan diberhentikan kerana lebih banyak berunsur politik berbanding menjalankan tugas pentadbiran.
“Kita sudah ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan beri ganjaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti kerajaan terdahulu,” katanya.
No comments:
Post a Comment